FIDS Plus
Wow! this week genap sebulan duduk di sabah...
1. FIDS Plus yang aku buat akhirnya live di Kota Kinabalu International Airport.
(PGX at FIDS Room, KKIA)
Siapa yang datang ke Kota Kinabalu melalui terminal 1 (MAS) akan tengok flight information display system (fids) yang aku buat sejak july 2007 tahun lepas. Wife aku susah nak percaya yang aku buat sistem ni sorang-sorang. Kebetulan minggu lepas airport buka dan wife aku pun datang ke KK untuk holiday so aku sempat bawak dia jalan-jalan sambil tengok airport baru.
(sue yang tengah pregnant 4 bulan)
(Arrivals & Departures)
Selepas ni misi kedua akan ke Damascus, Syria untuk system yang sama akan dipasang di Damascus International Airport yang dijangka siap pada awal tahun depan.