Baby-to-be

pregnant

Mengapa Mahathir keluar Umno?

Ahad petang, Pak Nawi, Tukang Kebun Istana called aku minta tolong. Anak dia accident kat Seremban. Bini dia dah meracau, anak dah masuk hospital, nak pergi tak dak kereta. Aku nak tolong, aku pun semput, tak tolong, dia dah banyak tolong aku. Tapi bila aku ingat tentang hukum karma seperti yang dikatakan oleh Siddharta dalam kitab Tripitaka, aku pun tak pikir panjang, terus setuju.

Pak Nawi nak bawa anak dia balik keKuala. Dia dapat tau kaki anak dia patah tiga, tapi dia tak percaya kepada ubat hospital! Dia nak bawa anaknya berubat kat Trong. Ada bomoh patah yang boleh repair anggota yang patah dengan air sejuk saja. Sapa kata bomoh tak terror?

Baru sampai kat Kg. Rambai Tujuh, selepas Dataran Sungai Perak, kereta dah jammed. Hari hujan, dan dah jadi kebiasaan, bila hujan, laluan dari Dataran Sungai Perak hingga ke tol Jelapang merupakan kawasan accident. Aku kira, tak kurang dari 15 kereta yang terlibat dan dalam satu kemalangan yang lain, melibatkan sebuah motosikal. Bila tengok banyak polis trafik, aku rasa, tentu serius. Bila nampak penunggang motorsikal yang tidak bergerak, isteri Pak Nawi macam kena histeria, teringatkan anaknya diSeremban. Lagi ditenangkan, lagi kuat tangisannya. Last-last, Pak Nawi buat tak reti saja dan dia bawak cerita politik untuk mengalihkan konsentrasi isterinya.

Pak Nawi tak ada kelulusan Sains Politik macam Musa Hitam atau pun KJ, tapi pengamatannya cukup tajam. Dan dia berfikir apa yang orang lain tak fikir.

Mula-mula dia tanya, "pasai apa Mahathir keluar Umno?" Aku pun jawab, "sebab nak lawan Pak Lah". Pak Nawi jawab balik, "Bukan nak lawan Pak Lah, tapi nak lawan Anwar"

Aku diam, dalam hati, "lebih baik cakap dengan Berahim Ali".

"Mahathir bukan bodoh, Mat. Dia tau Pak Lah lembik, tapi Pak Lah ada viagra kat belakang. Orang lain pakai KY, Pak Lah pakai KJ. Dan tukang support KJ pulak, Anwar!. Aku bukan kata Anwar sokong KJ, tapi bila Anwar tentang Mahathir, KJ juga yang untung." Pak Nawi memulakan ceramah dalam kereta.

"Jadi Mahathir ada dua musuh sekarang. Anwar dan KJ. Nak jatuhkan KJ, Mahathir kena jatuhkan Pak Lah. Tapi sapa nak tolong? Nak harap orang Umno? Orang Umno bagi dua tiga ratus, maruah pun depa boleh jual.Tok sah kata tempat lain, ahli Umno kat tempat sendiri diKubang Pasu pun boleh belot, hanya dengan dua ratus ringgit!

Nak harapkan pemimpin Umno? Dia pun tahu, pemimpin Umno ni pentingkan perut. Masing-masing takut tak dapat projek. Lagi pun, pemimpin Umno mana tau susah! Jadi dia tau, orang Umno tak akan sokong dia.

dengan Anwar pulak, kalau Anwar berjaya jadi PM, dia lagi susah. Dan Mahathir tau, peluang Anwar sangat cerah sebab 43 orang yang nak cross tu memang betul. Sapa yang boleh lawan Anwar? Najib... tak boleh harap.

Nak jatuhkan Pak Lah, paling awal pun bulan 12 nanti, tapi mungkin masa tu Anwar pun dah jadi PM. Jadi Anwar lebih bahaya dari KJ."

"Habis sapa yang boleh lawan Anwar?", aku mencelah.

"Pas!" kata Pak Nawi.

Aku tak mau nak potong stim. Pak Nawi tengah seronok ceramah.

"Cuba kamu ingat balik.Tahun '71, Umno tersepit, Pas tolong..sampai Pas masuk BN. Tahun 87, Ku li tersepit, Pas tolong. Tahun 1999, Anwar tersepit, Pas tolong. Tahun 2008, Mahathir tersepit, kat sapa dia nak minta tolong? Dia tau...Pas mesti tolong.

Itu sebab, sehari selepas dia keluar Umno, dia panggil Azizan Razak makan kat rumah dia. Buat apa, kalau tak minta tolong!. Dua hari selepas itu, sudah ada kenyataan dalam Harakah, Pas sedia menerima Mahathir. Betui tak cakap aku?"

"Tak kan Pas bodoh sangat kot? Dah teruk kena belasah, tiba-tiba nak jilat Mahathir balik." Aku buat bodoh.

"Pas tak bodoh! Depa lagi pandai.Dengan Ku Li, depa dapat Kelantan. Dengan BA, depa dapat Trengganu. Dengan Anwar, depa dapat Kedah. sekarang pun depa dah dapat dua negeri, tiga MB. Tapi Pas tak boleh memerintah pusat. Memang la, Pas pun tau dia tak boleh memerintah pusat, tapi Pas akan memperolehi lebih share kalau berpakat dengan Umno, berbanding dengan PR."

Sama ada Pak Nawi yang bodo, atau aku yang bodo.

"Bak handphone sekejap, aku nak pakai calculator. Sekarang Pas ada 23 kerusi Parlimen. Sama dengan 28% share dalam PR. Kalau Anwar bawa masuk lagi 43, kerusi Pas tetap sama, tapi share dia dalam PR dah drop tinggal 18%. Jadi, Pas jadi minoriti dalam PR. Tapi kalau dia keluar PR dan join BN,cuba kamu kira. Umno 79, keluar ikut Anwar 10 tinggal 69. Pas 23,MCA 15, MIC 3, Gerakan 2. Jadi Pas ada 20% dan parti kedua besar dalam BN!"

Panjang jugak akai orang tua ni.

"Kemudian tengok negeri pulak. Apa jadi pun, Kelantan dan Kedah tetap ditangan Pas. DiPerak, umno mungkin bagi MB kat Pas macam sekarang, tapi share Pas sudah naik.Dari satu EXCO mungkin naik dua. DiSelangor pun macam tu jugak. Kalau Pas join dengan Umno, dah jadi seri, 28-28. Jadi Pas ada kuasa penentu disini."

Aku dah mula risau.

"Ini yang cuba dilakukan oleh Mahathir. Keluar dari Umno dan kemudian masuk Pas. Dia canangkan isu permuafakatan melayu,soal Islam, tak kan Pas nak tolak kot? Lagi pun, ia menguntungkan Pas?. Kalau Pas tarik diri, Anwar lingkup. Selesai satu masalah."

"KJ macam mana?"

"Yang tu kejap lagi kita sambung. Kamu berhenti kat Jejantas Sungai Buluh tu. Kita minum kejap."

Petikan dari: http://matsamankati.blogspot.com

0 comments