Baby-to-be

pregnant

Minyak Hadhari

Makin hari makin pelik perangai kerajaan menangani masalah dalam negeri. Kalau nak buat peraturan pun kena lah fikir sikit. Aku dulu pun failed jugak statistik masa di itm tapi taklah seteruk kerajaan sekarang ni nak handle masalah minyak.

Walaupun aku tak duduk kat sempadan tapi cara kerajaan menyelesaikan masalah minyak sekarang macam haram. Tak praktikal lansung! Adakah patut diharamkan warga asing beli minyak kat border. Gila ke apa? apa jadi kat tokei stesen minyak tu?

Banyak sangat ke diorang ni beli minyak kat sempadan tu sampai nak buat macam tu sekali? Tak kisahlah minyak kat negara diorang tu mahal nak mampos sebab tu lah diorang datang kat malaysia nak beli minyak.

Sama jugak macam kita beli barang yang murah kat negara diorang. Takkan diorang nak buat peraturan jugak kat border supaya kalau orang malaysia beli barang kena jual ikut harga malaysia. Macam tu sampai kiamat pun tak selesai masalah.

Ni mesti kes pak sanggup aka mr yes man semua ni. Mentang-mentanglah idea daripada menteri terus ok.

Lain kali buat kajian dulu. Ambik statistic berapa banyak kenderaan asing datang ke malaysia beli minyak kat stesen. Berapa banyak minyak diorang isi. Berapa statistik bulanan atau tahunan. Lepas tu buat perbandingan dengan harga subsidi tu. Adakah beza belian warga asing melebihi jumlah belian keseluruhan rakyat malaysia?

Nak buat kawalan larangan jualan 50km buat apa? macam lah driver ni bodoh. Setakat 50km tu berapa lah sangat kosnya nak lajak kereta. Baru 1/2 jam masuk kawasan luar 50km dah boleh beli jugak. Ape da! yang rugi nya orang kat border.

Kalau nak jugak kedekut sangat tu buat lah macam kastam tu. Lepasni kena bubuh kaunter dekat pintu masuk tunjuk ic/passport ok ape? so tak kiralah 50km ke 500km asalkan warga asing masuk kena charge lebih. Boleh pakai ke idea ni?

Habis tu kalau warga asing pakai kereta local macam mana? tak ke teraniaya plak diorang. Kalau warga tempatan pakai kerata luar pulak macam mana? kena jugak.

Apa pun kalau nak naik minyak tu naik jelah. Dah sengket sangat kerajaan malaysia ni. Semua mintak duit ngan rakyat. Tak malu!

0 comments